:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Tuesday 31 January 2012

Kurangkan Bunyi dalam Kereta Persona; episod 1

Salam kepada semua personarians... hehe! saya jugak salah seorang pemilik kereta Proton Persona Manual 1.6 cc sejak tahun 2009... Secara peribadinya saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat dari kereta ini.. Cuma biaselah, manusia tak puas klo tak ada upgrade2 ni. hehe!
Post yang pertama ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk mengurangkan bunyi2 yang tak dikehendaki semasa kita sedang memandu... bukan nak down kn kete ni cuma penambah baikan je sebab kita pun tau harga kereta baru 1.6 cc yang termurah adalah Proton Persona.. :)
Pertama sekali masalah yang akan dihadapi apabila kereta menggunakan jalan yang tidak cantik, kasar. Kereta akan bergetar dan bermula dari sini la bunyi2 kecil yang akan didengar ditambah pula waktu berada di dalam kereta memandu secara berseorangan dan tidak membuka radio...

Di bawah adalah bahagian pertama yang boleh ditambah langkah untuk mengatasi bunyi semasa getaran (1):-

Konsul di blower 'aircond' ini saya berpendapat boleh menghasilkan bunyi disebabkan ianya tidak berapa fit.. cuba anda dengan perlahan ketuk konsul yang boleh adjust ke kiri & ke kanan tu... bunyi lagaan plastik dgn plastik akan terhasil... langkah penambah baikan yang saya cadangkan gunakan double tape dan lekatkan dengan bahagian bawah konsul tersebut. 1 side double tape tidak perlu dibuka supaya membenarkan konsul tersebut bergerak atau di'adjust'...

Tujuan saya menggunakan double tape tersebut adalah untuk menghalang lagaan plastik di blower tersebut.. Gunakanlah double tape berwarna gelap supaya tidak begitu kelihatan di konsul tersebut..

Bagi sesiapa yang tidak yakin dengan cadangan saya ini atau tidak berani membuat DIY, anda dinasihatkan jangan lakukannya... secara mudahnya saya tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang berlaku semasa anda DIY kereta anda... Buat dengan penuh sabar dan berhati-hati... Selamat men'DIY' kereta anda...
Saya akan kongsikan bahagian2 lain yang perlu dibuat penambahbaikan supaya kereta anda menjadi lebih senyap dan selesa... :)

ok, saya update cikit bagi anda lebih memahami... Sila rujuk gambar di bawah :-


Dari gambar di atas dapat dilihat 'double tape' berwarna kuning yang saya gunakan... simple sahaja... itu sebab saya nasihatkan gunakanlah 'double tape' berwarna gelap...

di Copy n Paste dari sini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...