:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Tuesday 31 January 2012

Mengelak dari Proton Persona anda terbakar

Salam Sejahtera semua...

Kali ini aku mahu kongsikan tip yang diperolehi daripada rakan sekerja baru aku yang kaki kereta jugaklah.. Dia tunjuk pada aku satu wayar minyak atau 'fuel' yang akan bocor apabila sampai masa akibat daripada terdedah pada besi panas. Sila lihat gambar di bawah :-



Panduan yang bertanda :-

1- Kesan sentuhan atau kebocoran yang boleh berlaku
2- Paip besi panas semasa enjin hidup
3- Dipercayai wayar minyak atau fuel
4- IAFM

Sila lihat gambar di bawah untuk melihat kesan sentuhan wayar minyak dengan paip besi :-



Anda boleh lihat dengan jelas anak panah yang aku tunjukkan kesan sentuhan yang dikatakan

Oleh itu, langkah atau tindakan terbaik yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini (terbakar) adalah dengan mengalihkan wayar minyak atau 'fuel' itu ke kawasan yang difikirkan lebih selamat. Sila lihat modifikasi yang aku lakukan pada gambar di bawah :-




Anak panah menunjukkan wayar minyak diikat ke kawasan yang lebih selamat




Gambar menunjukkan kedudukan asal wayar minyak

Selepas ini anda boleh menggunakan apa-apa jenis minyak petrol sama ada bergred RON95 ataupun RON97. Sebelum ini aku ada dengar yang mengatakan elok menggunakan RON97 untuk mengelakkan kereta mudah terbakar. Tidak diketahui secara praktikalnya betul atau tidak.

Kepada pengguna Proton amnya dan berasaskan enjin Campro khususnya, selamat mencuba DIY ya.... Sebarang komen, dialu-alukan.... Sekian, terima kasih...

DiCopy n paste dari blog ini.


Kurangkan Bunyi dalam Kereta Persona; episod 2

Salam semua... kali ini saya mahu kongsikan cara untuk mengurangkan bunyi yang tidak dikehendaki di dalam kereta Proton Persona anda terutama di bahagian kiri kanan'dashboard'. Hasil dari penelitian, sememangnya wujud bunyi dari bahagian tersebut dan saya mengambil keputusan untuk men'DIY.. Lihat gambar di bawah :-



Pada percubaan pertama, saya gagal untuk membuka bahagian tersebut dan pada percubaan kedua pun saya gagal untuk membuka. Saya tetap mencuba dan pada percubaan ketiga baru saya boleh membukanya... Lihat gambar di bawah, terdapat 2 bulatan merah yang saya bulatkan perlu dicungkil dengan berhati-hati kerana luaran 'dashboard' agak lembut. mudah tercedera... hehe!



Selepas benda itu atau senang dipanggil telinga dashboard dikeluarkan, inilah gambaran dalamannya, lihat di bawah :-





Bulatan pada gambar di atas menunjukkan kemungkinan untuk berlakunya bunyi getaran apabila kereta bergetar dan antara tindakan pencegahan atau penambahbaikan yang boleh saya lakukan adalah dengan melekatkan 'double tape' seperti gambar dibawah :-


Di copy n paste dari blog ini.

Kurangkan Bunyi dalam Kereta Persona; episod 1

Salam kepada semua personarians... hehe! saya jugak salah seorang pemilik kereta Proton Persona Manual 1.6 cc sejak tahun 2009... Secara peribadinya saya berpuas hati dengan apa yang saya dapat dari kereta ini.. Cuma biaselah, manusia tak puas klo tak ada upgrade2 ni. hehe!
Post yang pertama ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk mengurangkan bunyi2 yang tak dikehendaki semasa kita sedang memandu... bukan nak down kn kete ni cuma penambah baikan je sebab kita pun tau harga kereta baru 1.6 cc yang termurah adalah Proton Persona.. :)
Pertama sekali masalah yang akan dihadapi apabila kereta menggunakan jalan yang tidak cantik, kasar. Kereta akan bergetar dan bermula dari sini la bunyi2 kecil yang akan didengar ditambah pula waktu berada di dalam kereta memandu secara berseorangan dan tidak membuka radio...

Di bawah adalah bahagian pertama yang boleh ditambah langkah untuk mengatasi bunyi semasa getaran (1):-

Konsul di blower 'aircond' ini saya berpendapat boleh menghasilkan bunyi disebabkan ianya tidak berapa fit.. cuba anda dengan perlahan ketuk konsul yang boleh adjust ke kiri & ke kanan tu... bunyi lagaan plastik dgn plastik akan terhasil... langkah penambah baikan yang saya cadangkan gunakan double tape dan lekatkan dengan bahagian bawah konsul tersebut. 1 side double tape tidak perlu dibuka supaya membenarkan konsul tersebut bergerak atau di'adjust'...

Tujuan saya menggunakan double tape tersebut adalah untuk menghalang lagaan plastik di blower tersebut.. Gunakanlah double tape berwarna gelap supaya tidak begitu kelihatan di konsul tersebut..

Bagi sesiapa yang tidak yakin dengan cadangan saya ini atau tidak berani membuat DIY, anda dinasihatkan jangan lakukannya... secara mudahnya saya tidak akan menanggung sebarang kerosakan yang berlaku semasa anda DIY kereta anda... Buat dengan penuh sabar dan berhati-hati... Selamat men'DIY' kereta anda...
Saya akan kongsikan bahagian2 lain yang perlu dibuat penambahbaikan supaya kereta anda menjadi lebih senyap dan selesa... :)

ok, saya update cikit bagi anda lebih memahami... Sila rujuk gambar di bawah :-


Dari gambar di atas dapat dilihat 'double tape' berwarna kuning yang saya gunakan... simple sahaja... itu sebab saya nasihatkan gunakanlah 'double tape' berwarna gelap...

di Copy n Paste dari sini.


Sunday 29 January 2012

Lalang created by matluthfi90


LALANG

"benar politik itu tidak kotor. cumanya penghujahan sihat jarang sekali berlaku. seringkali sesuatu isu itu dicemari sentiment parti, peribadi malah emosi. Lalang menceritakan sisi pandang pihak ketiga, sang kancil yang tersepit antara dua gajah, dan seekor rama-rama(?)"


Dah tengok???
dah mentafsir?

terpulang apa yang korang fikirkan
is nothing to do
haha..pada cikgu la kan, terbaik apa yang matluthfi buat nie. Kebanyakkan individu hanya tahu mengkritik sahaja, tapi tidak tahu menyelesaikan sesuatu masalah. Tidak dinafikan, kadang cikgu pun sama. tapi kita sebagai manusia yang waras, tentu boleh berfikir mana yang baik dan mana yang kurang baik.

Cikgu langsung tidak berminat nak discuss pasal isu politik. Apa yang menjadi persoalan disini dan apa yang cuba ingin disampaikan oleh matluthfi (pada andaian cikgu la) adalah untuk menilai budi pekerti sesorang. Adakah kita nie seorang yang bersikap penentang atau bersikap pengikut??
semua tu terpulang pada kita, cikgu tak cakap semua tu adalah tidak baik, dan tiada pun pilihan mana yang hendak di letak pada diri kita. Cuma sometime we must know how to put the moral value dalam diri masing2..

Ambil contoh politik matluthfi di atas dan apply pada situasi yang berlainan. Lihat satu masalah dan macam mana kita cuba atasi benda tu. Adakah kita hanya tahu mengkritik tentang masalah itu atau kita cuba menyelesaikan masalah itu berdasarkan pengalaman kita atau kita hanya berdiam diri.
ada macam2 persoalan bermain di minda

Kalau kita kritik (kebaikan or keburukan), pe tanggapan orang ?

Kalau kita selesainya ikut cara kita, semua orang berpuas hati ?

Kalau kita berdiam diri, adakah dapat menyelesaikan masalah?

So, Bagaimana cara yang paling sesuai? Bincang...how???

semua tahu sebut bincang, berdamai, tapi hakikatnya...bagaimana dan sejauhmana ia mendatangkan hasil positive?

Apa pun yang anda semua fikirkan, cikgu rasa terpulang pada individu itu. Dimana nilai diri dia nak letakkan.

Samaada baik pada pandangan orang

Samaada baik pada pandangan diri sendiri

atau hanya bermain-main dengan apa yang kita langsung tidak tahu

so, tajuk perbincangan dari isu di atas.

Sejauhmanakah demokrasi membantu dalam menyelesaikan masalah? Sila kaitkan penyelesaian masalah dari aspek politik dan ekonomi.

Sesiapa yang ingin kemukakan pendapat, sila komen di bawah secara profesional atau sila emel ke amirkpmbp@gmail.com



 

Wednesday 25 January 2012

Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Jam 10 pagi (20 Januari 2012) Ally Iskandar dan pasangannya Farah Lee atau nama sebenar Nurfarahin Romli telah sah diijabkabulkan sebagai suami isteri, pernikahan berlangsung di Masjid Kristal, Terengganu.


Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah

Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah
Ally Iskandar Dan Farah Lee Nikah

Cantikkan ally n wife
sesuai


Tuesday 17 January 2012

Jom DIY

Salam kawan,

Page nie cikgu nak tunjukkan bagaimana nak cantikkan blog dan ada sedikit DIY kereta. Blog cantik baru semangat kan..Tutorial blog cikgu banyak belajar dari blog lyssasecret la.

Ramai yang berminat nak buat sesuatu sendiri kan. Kalau kita nak upah kedai mesti mahal kan. So, mesti terpikir bagaimana nak buat bende tu sendiri dengan keadaan cantik. So, kat sini cikgu tunjukkan sikit maklumat tentang DIY yang cikgu tahu dan cikgu dapatkan dari beberapa info maklumat. 

Selamat mencuba

DIY kereta



Tutorial Blog


1.




DIY Persona Elegance Dashboard

salam
Hari nie aku nak tunjuk la DIY untuk buka dashboard proton persona elegance..

Senang je kot..korang follow je arahan di bawah nie
nie pun aku amik dari website Proton Persona Elergance Owner Club (PPEOC.



101020101206.jpg 
 Langkah 1 : Ok,yang ada tanda bulat² merah kosong tu guna skru driver mata rata yang dilapik dengan kain buruk untuk di umpil..dia just a clip,so bunyi agak kasar sikit masa nak umpil.



Langkah 2 : Yang ada tanda bulat² merah penuh tu tmpat skru. Pakai skru driver mata philips.
Selepas umpil dekat tmpat suis bulat² tu, nanti akan nampak 2 skru, jadi buka skru tu.
Tarik tempat suis tu keluar & cabut harness wayar yang ada kt belakang suis tu.
201020101237.jpg

201020101238.jpg

Langkah 3 : Yang ada tanda bulat² merah kosong buka pakai skru driver mata philips.
Lepas tu, cungkil sekeliling cover tu & lokasi clip pada tanda anak panah merah, ada empat..yang ni bunyi clip lagi kuat.haha..clip yang bawah dia sangkut sekali dengan tempat skru yang pada depan tempat skru yang dekat panel gear.

151020101220.jpg

151020101222.jpg


Langkah 4: Yang tanda bulat² merah kosong hanya umpil dengan skru driver.
Tarik keluar ikut arah anak panah, bunyi memang kasar.

151020101224.jpg

Pemegang handbrake hanya lekat & layur pakai lighter/hot blow pkai blower panas..da siap trim la ikut shape..hehehe.

141020101216.jpg

Bahagian yang telah siap di balut.

091020101197.jpg

Yang ni pic detail sikit bahagian dalam tempat radio. Skru bahagian radio ada 2 di atas & 2 di bawah. Kena buka baru boleh cabut radio & tampal sticker. Semua skru bersaiz sama. Harness boleh dicabut semua.
Nak assemble balik,skru kn radio dahulu, kemudian tempat suis harzard lamp. Lepas tu, pasang tempat adjust aircaond & skru..Yang terakhir boleh la pasang yang bahagian yang menggunakan clip seperti dashboard bahagian paling atas, panel lampu hazard yang ada lubang tu, panel aircond pada tiap kiri & kanan dashboard & tempat suis yang berbentuk bulat.

Sticker yang di perlukan anggaran saiz 2 kaki x 1 kaki. Terpulang pada geng nk pilih cap apa, 3M ka, China ka, Taiwan ka..Kalau nk deal sticker, boleh bagi tau aku.
Lepas tu kt tempat yang curve, aku layur pakai lighter je.hehe..sapa² ada blower panas Bosch yang macam kt kedai tinted lg senang nk bentukkan sticker tu.
Lagi 1, corak 3D sticker tu ikut sesuai masing² la nk menghala ke mana..macam aku buat pattern zig zag.

SELAMAT MENCUBA..

SILA BERHATI² SEMASA MENGGUNAKAN ALAT² YANG TAJAM ATAU PANAS.
SEMASA MEMASANG SEMULA PASTIKAN SEMUA DALAM KEADAAN KETAT, KALAU TIDAK SEMASA MEMANDU MESTI BERBUNYI "RATTLING"
Credit to : PPEOC


Friday 6 January 2012

jalan2 JB

salam sahabat

Hari nie cikgu rasa penat la
g pusing2 JB ngan wife
best..tp penat
yang kelakarnye..g cuba seluar sampai 8 helai..tp satu pun tk beli..hahahaha


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...