:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Wednesday 29 August 2012

FGV Holding isytihar dividen interim 5.5 sen seunit


FGV tumpu usaha perluas perniagaan huluan
KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan disenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5.5 sen seunit dengan semua peneroka akan menerima RM400 seorang.
  
Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata dividen itu berasaskan pegangan 800 unit saham yang dimiliki setiap peneroka serta keuntungan daripada dana amanah peneroka.
  
"Dengan ini peneroka tak perlu pinjam bank atau keluar duit sendiri," kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Bangunan Felda Platinum di sini hari ini.
  
Beliau berkata keputusan pembiayaan tersebut dibuat selepas penyenaraian kerana Felda mendapat dana yang besar daripada penyenaraian itu.
  
Pengumuman ini sekaligus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut.
  
FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas.

Pembayaran dividen ini adalah tambahan buat kira-kira 103,000 peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
  
Harga saham FGV hari ini ditutup pada RM5.02 sesaham iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.
  
Mengulas tentang prestasi FGV, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata:

"Prestasi FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit tetapi setakat mengikut sasaran. Keuntungan yang dijangkakan Insya Allah akan boleh dicapai."
  
Sebelum ini Najib berkata FGV dijangka mencatat keuntungan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun hadapan.
  
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata Felda memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka.
  
"Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan dan dividen dimiliki sepenuhnya oleh peneroka.

Najib berkata ini bertujuan meringankan beban peneroka Felda.
  
"Peneroka bukan sahaja akan mendapat satu tapi dua dividen iaitu daripada saham FGV dan penabungan dana amanah sebanyak 20 peratus," katanya.
  
Najib berkata dalam masa dua bulan penyenaraian, sebanyak RM5.99 bilion telah dikreditkan ke dalam dana Felda.
  
"Dan jika termasuk dengan FGV, ia mencapai sebanyak RM10.5 bilion," kata beliau.
  
Najib berkata durian runtuh sebanyak RM5,000 yang dijanjikan kepada anak-anak Felda, akan dibayar pada Oktober depan.
  
Bercakap mengenai bangunan Felda Platinum yang pembeliannya dikritik hebat oleh pembangkang, Najib berkata bangunan itu kini bernilai RM1.1 bilion.
  
"Kita belanja RM700 juta termasuk peralatan dalamannya. Hari ini kita dah lihat hasilnya, kita dah untung RM400 juta."
  
"Bangunan ini melambangkan kejayaan Felda dan sudah ada penyewa antarabangsa yang berminat untuk menyewa 15 tingkat daripada 50 tingkat bangunan ini," kata beliau. - Bernama


Monday 27 August 2012

Bagaimana Melakukan Permohonan Pembelian Saham Khas Bumiputera Melalui Miti?

Felda Global Ventures Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak lama lagi dan kini permohonan telah dibuka untuk kaum bumiputera melakukan permohonan untuk kuota bumiputera saham ini.
Untuk pengetahuan semua, pembelian saham di waktu penyenaraian biasanya boleh memberikan keuntungan yang sangat besar, lebih-lebih lagi untuk syarikat yang berpotensi tinggi seperti Felda. Pada pendapat saya, siapa yang dapat saham Felda pada harga penyenaraian adalah sangat beruntung. Harap manual ini akan dapat membantu anda mendapatkan saham khas bumiputera daripada Miti.
Sebelum tu, apakah beza pembelian IPO melalui Saham Khas Bumiputera Miti dengan pembelian melalui online banking/atm (contohnya melalui Maybank)? Pembelian melalui Miti memberikan peluang yang lebih besar kepada kaum bumiputera dan biasanya semua  yang memohon akan dapat, walaupun tak banyak, sikit pun dapat. Kalau melalui bank, permohonan anda belum tentu dapat.
Cara melakukan permohonan saham khas bumiputera bagi individu:

1. Lawati laman web Miti
2. Lihat di bahagian kanan portal, di bawah bahagian Online Application. Klik pada Bumiputera Shares
3. Klik pada Maklumat Saham. Pilih saham yang anda ingin beli (klik Felda Global Ventures Berhad).

4. Klik pada permohonan individu.
5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Akaun CDS boleh dibukan di mana-mana cawangan terpilih bank berdekatan anda, atau melalui Dealer’s Representative syarikat sekuriti (OSK, Jupiter Online, etc). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.
6. Page dibawah akan dipaparkan selepas anda menekan butang hantar.
7. Dokumen tambahan perlu disertakan bagi memastikan anda mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah saham yang dipohon. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
  • Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS)
Semoga peluang ini anda gunakan sebaik-baiknya. Dah ada kuota untuk bumiputera, manfaatkan.
Terima kasih saudara Mohd Shahril (013-4058978) dari OSK atas panduan ini yang dikirim melalui email. Kalau tak, saya pun terlepas peluang untuk membeli saham ketika penyenaraian ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...