:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Sunday 25 September 2011

cara mengekalkan kilauan kereta

Cara mengekalkan kilauan kereta



MEMBASUH kereta secara betul akan dapat
mengekal warnanya. – Gambar hiasan
KESAN pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan.

Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.


MENCUCI bahagian enjin perlu dijalankan secara
berhati-hati kerana ia cukup sensitif
dengan air.


Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.

Untuk memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.

Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan.

Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah.

Bahan yang bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan permukaan bercalar.

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta. Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk.

Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.

Saturday 24 September 2011

DIY background headlamp persona

salam



harini sya post first diy walaupun bukan sya buat tapi harap membantu ..
hehe-Persona headlamp model first punya
sumber dari abam (tacras)

barang2 yg diperlukan ialah tools untuk buka bumper,hairdryer tuk buka cover lampu,dan spray flat black




persona.JPG

buka bumper dlu-tapi lau tk buka bumper takut calar dn tk leh buka cover tu..



persona2.JPG

panaskan tepi headlamp smpai gam hitam tu cair then leh la buka cover tu..



persona3.JPG

Keluarkan reflektor tu dengan menarik kedepan..



persona4.JPG

lepastu spray la reflektor tu dgn sekata dn kemas mcm ni..heheh



persoan5.JPG

masukkan balik lampu dn cover headlamp-Untuk masukkan balik cover headlamp,kena panskan gam yg sedia ada
dekat headlamp tadi,agak dh cair skit leh la tekap balik dn kemaskan dgn menekan keliling headlamp agar tk
masuk air..



persona6.JPG

taddaaaaa..cantik tak??hehehe...



persona7.JPG

masukkan semula headlamp tadi dn ikat bumper dgn kemas..siap..




Hope DIY ni membantu ....

Bom atom di Nagasaki dan hiroshima


Dapatkah korang bayangkan macam mana saat-saat sebelum bom atom jatuh ke bumi Hiroshima dan Nagasaki? Mesti tak tercapai akalmu kan? Hehehe ;p. Jangan risau sebab nasihangit ada gambaran bagaimana bom atom itu mendarat ke bumi dua bandar Jepun ini. :)


posting nie aku copy paste dari blog nie
best siot..kagum aku


Friday 23 September 2011

satelit akan terhempas di bumi



 Sebuah satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebesar bas pesiaran yang berusia 20 tahun diramal jatuh ke bumi pada Jumaat ini.

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan NASA mengesan Satelit Penyelidikan Atmosfera Atas (UARS) seberat enam tan yang berisiko untuk jatuh ke bumi.

Pasukan pakar bagaimanapun mengakui mereka tidak dapat mengesan lanjut berhubung perkara tersebut sehingga masa 20 minit atau mungkin seminit sebelum ia diramalkan terhempas.

“Kami tahu UARS akan terhempas di antara 57 latitud utara dan 57 latitud selatan yang meliputi kawasan didiami manusia.

“Masih terlalu awal untuk meramalkan lokasi dan masa UARS akan terhempas,” kata Mark Matney, saintis serpihan orbit di agensi angkasa lepas AS.

UARS dilancarkan pada pada 1991 untuk mengukur lapisan ozon, angin serta suhu dan ia merupakan satelit terbesar NASA yang dijangka jatuh selepas satelit Skylab terhempas di barat Australia pada 1979.

NASA bagaimanapun menegaskan ancaman UARS terhadap manusia dan harta benda awam adalah kecil.

“Ketika terhempas, UARS dijangka tidak akan meletup kerana ia tidak mempunyai minyak dan serpihannya mungkin akan bertaburan meliputi kawasan 800 kilometer,” jelas Martney. – AFP

Sunday 18 September 2011

"Masalah" Created by Matluthfi90

Masalah Masalah

Setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah
tapi kita boleh hindarkan masalah dari bermasalah
tapi macam mana ye kawan2..
kadang2 kita bukan tak nak hilangkan masalah..masalahnye..masalah nie amat susah nak hilang
kita dah cuba sedaya upaya untuk atasi masalah yang berlaku..tapi ada juga insan yang akan bermasalah dengan kita..
try korang tonton video matluthfi90 nie..

so, mcm  mana korang rasa skrang,? masalah boleh diselesaikan?
bile de masalah kita akan cuba atasi masalah tu. tapi ada kawan plak yg cuba bermasalah dengan kita..semua benda akan rasa terganggu..apa boleh buat kan..redha la..tapi yg pelik nye kan..setiap manusia nie..bile dtg masalah pada diri mereka, baru mereka akan ingat pada Tuhan..termasuklah cikgu sendiri..apa nak jadi kan..so, kita lepas nie, sebagai seorang manusia yang normal hendaklah sentiasa berfikiran waras supaya segala masalah yg dtg dpt kita atasi dengan cara yang terbaik.

NajwaLatif "Cinta Muka Buku"

salam

kawan2 wat apa?
hari nie duk tengok TV..asyik tunjuk pasal najwa latif jer..sape die tu ye?
ala penyanyi baru...muncul dari youtube gak..

sorang lagi bakat baru muncul
Nama : Najwa Latif
blogspot : http://www.najwalatifs.blogspot.com/ 


 
mudah ke skrang nak jadi penyayi ye? buat lagu..upload dalam youtube..cari publisiti sikit..pastu leh la jadi penyayi..

tp..korang jgn sesenang tu sahaja..byk bende kita kena pikir sebelum jadi penyanyi..orang yg tabah sahaja akan mampu..hehehe..
jom kawan2 dengan lagu yang famous di nyanyi oleh najwa latif nie..



ada sape2 nak komen tk? best ke? pada cikgu..ia ok..best..tk rasa bosan bile dgr..kira ok la mcm tu kan.

Friday 16 September 2011

10 Jambatan Terpanjang di Dunia

 salam

sahabat2 blogger..
adik saya telah bertanya tentang jambatan terpanjang di dunia..disini cikgu nak bg la gambaran 10 jambatan terpanjang didunia..yang bangganye..Malaysia pun termasuk dalam senarai tu..


10. Seven-mile bridge, Panjang 10887 M menghubungkan antara Teluk Meksiko dengan daratan di Florida Amerika Serikat.

9. San Mateo – Bridge Hayoard, Panjang 11265 M, melintasi teluk California, San Franscisco Amerika.

8. Union Bridge, Panjang 12900 M, menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan dataran New Brunswick di Kanada.

7. Rio Bridge – Niteroi, Panjang 13290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.

6. Penang Bridge, Panjang 13500 M, menghubungkan antara Pulau Penang dan daratan Malaysia.

5. Vasco da Gama bridge, Panjang 17200 M, jembatan terpanjang di daratan Eropa yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal

4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika.

3. King Fahd Causeway, Panjang *****M (tak dpt info), melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain.

2. Bridge donghai, Panjang 32500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jembatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.

1. Lake pontchartrain, Panjang 38420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika.

ok la kan..semoga ia dpt memberi manfaat kepada pencinta jambatan.


seni gubahan tuala

salam 
kawan2 ingat lagi tk seni lipatan duit kertas?
sangat kreatif..
hari nie saya nak tunjuk seni dari gubahan tuala plak..
sangat2 menarik
bolehlah try buat




































selamat mencuba

jangan lupa follow

Myvi SE dan Myvi extreme 1.5

Gambar Myvi Baru SE dan Extreme 1.5

Myvi baru ber CC 1.5 telah dilancarkan pada harga sekitar RM50,900 hingga RM61,700 untuk myvi SE 1.5 dan myvi extreme 1.5.



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) melancarkan model baru Perodua Myvi SE 1.5 dan Myvi Extreme 1.5, kenderaan penumpang pertama keluarannya dilengkapi enjin berkuasa 1.5 dalam usaha mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan.

Ditawarkan pada harga bermula RM50,900 hingga RM61,700 itu, ia dijangka menarik perhatian pengguna di negara ini dengan kepuasan pemanduan maksimum khususnya dari segi prestasi yang dipertingkat.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata keputusan melancarkan Myvi 1.5 liter itu berdasarkan permintaan tinggi dikalangan pengguna yang mahukan enjin lebih berkuasa.

Katanya, pelancaran Myvi 1.5 itu bakal meningkatkan jualan keseluruhan Myvi di pasaran tempatan kepada 9,500 unit sebulan berbanding 8,000 unit sebelum ini, yang mana antara 45 peratus hingga 55 peratus disumbangkan kedua-dua varian terbaru itu.

“Kehadiran Myvi 1.5 ini bukan sekadar untuk persaingan tetapi kami sentiasa menyediakan pilihan terbaik kepada pengguna dari segi harga dan rekaan, ia khusus bagi melengkapkan barisan model kereta untuk ditawarkan kepada semua golongan sasaran seperti Viva, Myvi 1.3 dan Alza.

“Kami yakin varian ini mampu memacu momentum syarikat untuk mencapai sasaran jualan keseluruhan kenderaan sebanyak 190,000 unit tahun ini, berdasarkan tempahannya yang kami terima sehingga kini sebanyak 2,000 unit,” katanya pada sidang media selepas pelancarannya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau sebelum itu turut menerima pengiktirafan empat bintang bagi Myvi 1.5 itu di bawah Program Penilaian Kenderaan Malaysia oleh Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Dipacu enjin 1.5 liter 16V DVVT yang mampu menjana kuasa maksimum 76kW pada 6,000 rpm dan tork maksimum 136Nm pada 4400rpm, kedua-dua Myvi itu mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam 9.98 saat berbanding 12.49 saat bagi prestasi Myvi SE 1.3 liter sebelum ini.

Ia turut dilengkapi dengan sistem brek auto (ABS) yang dipertingkat menggunakan brek agihan elektrik (EBD), sistem anti-pecah kunci, lampu projektor selain ditawarkan dua pilihan sistem audio sama ada sistem audio standard atau sistem audio multimedia dengan navigasi.

Myvi Extreme 1.5 ditampilkan berbeza dengan Myvi SE 1.5 dari segi reka bentuk kit badan yang lebih garang dan menarik, tempat duduk kulit, sistem audio multimedia dengan navigasi dan rekaan dalaman yang lebih eksklusif.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...