A learning management system (commonly abbreviated as LMS) is a software application for the administration, documentation, tracking, and reporting of training programs, classroom and online events, e-learning programs, and training content.
Bagi meningkatkan tahap pencapaian akademik dikalangan pelajar, banyak perubahan telah di lakukan dalam corak pemelajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran memainkan peranan penting bagi menarik minat pelajar tentang matapelajaran yang diajarkan.
Seperti mana gambar di atas, saya memilih "learning management system (LMS)" sebagai pilihan teknologi yang digunapakai dalam pemelajaran dan pembelajaran. Terdapat banyak aspek diambilkira tentang penggunaan LMS ini.
Melalui sistem ini ia amat menyenangkan tugas guru dan juga memudahkan pelajar. Pelajar hanya perlu mendaftar dan memilih matapelajaran yang mereka ikuti. Selepas mendaftar, pelajar boleh terus mendapatkan maklumat tentang mata pelajaran yang mereka inginkan. Guru boleh memasukkan seberapa banyak dokumen ke dalam sistem ini samaada dalam bentuk Microsoft word, excell, power point dan sebagainya.
Sistem ini juga dibekalkan dengan fungsi quiz. Para pelajar boleh menjawab soalan hanya menerusi sistem ini. Selain itu, ia disediakan juga dengan fungsi lain seperti Forum, group, email, chat, assessment dan sebagainya.
Jadi, ini dilihat sangat membantu pelajar dalam pengurusan akademiknya. Melalui sistem ini juga, pelajar di bekalkan dengan button "link". Dimana pelajar boleh terus ke rangkaian yang telah ditetapkan oleh guru. Seperti rangkaian ke perpustakaan, web-blog, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment