:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Thursday 11 August 2011

Laksa Pahang versi mee lidi

salam

Hari kawan2 berbuka puasa makan apa ye?
cikgu mcm biasa la, asyik teringin sesuatu yang best jer
kalau duduk umah mak dulu, terus jer suruh mak masakkan..
skrang dah ada wife, apa lagi...dengan kuasa VETO...
suruh wife la plak
apa menunye ??

"Laksa Pahang"

mesti ada yang tak tau mcm mana
sini kawan nak citer
laksa nie sama jer mcm laksam yang orang terengganu buat
tapi laksa die digantikan dengan mee lidi
kenal tak mee lidi???
nie ada picture bg yg masih tak mengenali "beliau"
ok..
dah kenal mee lidi tu?
ok...skrang tau ke nak buat mcm mana?
jom blaja buat plak..
ikut step kat bawah nie



LAKSA PAHANG (kuah lemak putih)

Bahan² utama & kuah :
1 bungkus mee batang
300g ikan kembung (ikan tamban/pelaling pun ok )
1 kotak kecil santan
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk hancur)
2-3 keping asam keping
air rebusan ikan
sedikit garam

Bahan² utk ulaman :
1/2 biji timun - racik /mayang
3-4 urat kacang panjang - racik. potong kecik²
taugeh 20sen (kalau nak)

Bahan² utk sambal :
8 batang cili kering
sedikit garam


Cara-cara :
Rebus mee lidi sampai masak, tiris dan ketepikan.. Rebus ikan dgn sedikit garam & asam keping. Bila dah masak, asingkan isi dgn tulang. Simpan air rebusan.

Tumbuk lada hitam + bawang2.. then tumbuk isi ikan sampai hancur, masukkan semua bahan-bahan yg ditumbuk bersama santan, air rebusan, asam keping + garam. Masak sampai mendidih (kuah santan nie, kalau tidak dimasak pun SEDAPPP ).

Sementara kuah masak, rendam lada kering dgn air panas, then tumbuk dgn sedikit garam sampai betul² lumat. Bila kuah dah masak, blehlah dihidangkan bersama timun dan kacang panjang yg telah diracik + taugeh dan sambal lada.

ok..selamat mencuba

~TQ~

3 comments:

dwatyKNY said...

semalam buka dengan seafood.... hehehehe
follow blog ni...

amir said...

oooo..sedap...

cik asam jeruk said...

pergghh sedapnye. cikasamjeruk hantu laksa ni. dah folow blog cikgu :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...