:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Wednesday 17 August 2011

Gewang sesuai di kelong, jigs untuk laut dalam

Soalan: Bolehkan jigs dan gewang digunakan ketika memancing dari atas kelong atau rumah rakit? Apakah warna gewang paling sesuai untuk mengilat senangin dan siakap?



Jawapan: Gewang lebih sesuai digunakan di kelong dan rumah rakit berbanding jigs.
Penggunaan jigs mungkin sesuai jika tempat berkenaan mempunyai kedalaman lebih dari 20 meter.

Pemancing dinasihatkan membawa pelbagai gewang mengikut jenis tertentu. Alternatif lain ialah pengunaan gewang plastik lembut (soft plastic) kerana pergerakan gewang jenis ini lebih tertumpu di kawasan dasar dan sesuai digunakan walaupun di kawasan air cetek.

Manakala warna gewang tidak terbatas dan tidak mempengaruhi selera ikan. Ini kerana setiap gewang dicipta mengikut pergerakan ikan sasaran dan berat selamannya sudah dikira untuk sesuatu kedalaman air.


Selain itu, ada pengeluar yang menghasilkan gewang menggunakan warna mirip ikan sebenar membabitkan ikan tambam, ikan sembir, ikan bilis dan beliak mata.

Gewang jenis ini amat efektif dalam situasi tertentu. Namun, penggunaannya harus diteliti kerana jika silap ikatan, bermakna wang anda akan lebur bersama gewang mahal itu jika tiba-tiba dilarikan ikan besar yang berkenan lalu membahamnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...