:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Monday 27 August 2012

Bagaimana Melakukan Permohonan Pembelian Saham Khas Bumiputera Melalui Miti?

Felda Global Ventures Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak lama lagi dan kini permohonan telah dibuka untuk kaum bumiputera melakukan permohonan untuk kuota bumiputera saham ini.
Untuk pengetahuan semua, pembelian saham di waktu penyenaraian biasanya boleh memberikan keuntungan yang sangat besar, lebih-lebih lagi untuk syarikat yang berpotensi tinggi seperti Felda. Pada pendapat saya, siapa yang dapat saham Felda pada harga penyenaraian adalah sangat beruntung. Harap manual ini akan dapat membantu anda mendapatkan saham khas bumiputera daripada Miti.
Sebelum tu, apakah beza pembelian IPO melalui Saham Khas Bumiputera Miti dengan pembelian melalui online banking/atm (contohnya melalui Maybank)? Pembelian melalui Miti memberikan peluang yang lebih besar kepada kaum bumiputera dan biasanya semua  yang memohon akan dapat, walaupun tak banyak, sikit pun dapat. Kalau melalui bank, permohonan anda belum tentu dapat.
Cara melakukan permohonan saham khas bumiputera bagi individu:

1. Lawati laman web Miti
2. Lihat di bahagian kanan portal, di bawah bahagian Online Application. Klik pada Bumiputera Shares
3. Klik pada Maklumat Saham. Pilih saham yang anda ingin beli (klik Felda Global Ventures Berhad).

4. Klik pada permohonan individu.
5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Akaun CDS boleh dibukan di mana-mana cawangan terpilih bank berdekatan anda, atau melalui Dealer’s Representative syarikat sekuriti (OSK, Jupiter Online, etc). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.
6. Page dibawah akan dipaparkan selepas anda menekan butang hantar.
7. Dokumen tambahan perlu disertakan bagi memastikan anda mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah saham yang dipohon. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
  • Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS)
Semoga peluang ini anda gunakan sebaik-baiknya. Dah ada kuota untuk bumiputera, manfaatkan.
Terima kasih saudara Mohd Shahril (013-4058978) dari OSK atas panduan ini yang dikirim melalui email. Kalau tak, saya pun terlepas peluang untuk membeli saham ketika penyenaraian ini.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...