:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Tuesday 1 November 2011

majlis konvokesyen kolej profesional mara 2011

29 oktober 2011, pusat konvensyen antarabangsa putrajaya (PICC) telah ditempatkan sebagai dewan utama majlis konvokesyen pelajar-pelajar kolej profesional mara di seluruh Malaysia. Majlis ini melibatkan 6 buah kolej profesional mara iaitu KPM sri iskandar, KPM beranang, KPM ayer molek, KPM bandar melaka, KPM Indera Mahkota dan KPM Bandar Penawar.

Majlis yang gemilang ini telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan luar bandar dan Wilayah yang telah diwakilkan oleh Timbalannya. Daripada tinjauan cikgu, majlis ini sangat best.

Kehadiran ibubapa pelajar dari pelusuk negeri menggembirakan lagi suasana majlis. Tapi kesiannya, dewan yang amat besar pun tidak dapat menampung semua ibubapa masuk kedalam dewan. Walaubagaimanapun telah disediakan dewan yang lain untuk ibubapa pelajar. 
Dibawah ini saya sediakan sedikit gambar yang dapat di capture semasa hari kejadian.













Untuk pengetahuan semua, cikgu telah terpilih sebagai urusetia semasa majlis berlangsung. Cikgu ditugaskan untuk mengawal pergerakkan pelajar semasa di dalam dewan PICC. Semoga sahabat sekalian seronok membaca entry kali ini.

Seperti biasa, sudahkan anda follow blog ini, jika belum, selesaikan tugas anda untuk follow blog ini. 

sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...