:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Monday 10 October 2011

Sistem saraan baru perkhidmatan awam dalam bajet 2012

Berita baik untuk para penjawat awam, semalam PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM)yang lama , sisten itu dikenali sebagai  Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau ( SBPA) . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Fokus  kepada profesion perguruan (pendek tempoh kenaikan gred):
Berdasarkan skim baru mengikut ‘time-based’, seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.

Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah ‘time-based’ lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.

Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.

Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.

Umur Pesara dilanjutkan kepada 60 tahun:
Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.
Penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan.


Kenaikan pencen pesara sebanyak 2 %
Keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak 2 %  setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...