:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Tuesday, 30 October 2012

Kolam oh Kolam

assalamualaikum wbt

Dah lama rasanya tak update blog nie

Hari nie cikgu nak cite sikit pasal KOLAM IKAN la..
Kat rumah abah cikgu, ada 2 buah kolam yang agak terbiar...
Jadi cikgu plan nak manfaatkan la kolam tu...
usya2 dulu pe yang sesuai utk dilakukan pada kolam tu...

nie la kolam yang cikgu maksudkan tu

dah di letakkan tali..buat petak utk ukuran sangkar ikan

apa la ikan yang sesuai

bela itik leh gak kan

terbiar or dibiarkan..nampak ok je kan


ikan patin leh tk agak2

2 buah kola.. kira2 15kaki x 15 kaki bagi satu2 kolam




 Agak2 kan...dalam kolam nie ada ikan apa ye...sambil2 merenung kolam nie..cikgu try la mancing...dan hasilnya tidak mengecewakan..nie la hasilnya

tak sangka..ikan BAUNG pun ada

ikan temperas


ikan puyu mmg byk la dlm kolam nie

sambil2 je pun banyak dpt


Cadangan untuk kolam
  1. Bela Ikan
  2. Bela Itik

Agak2 apa ye rasanya bela ikan lagi senang kot..cikgu memilih ikan dengan teknik sangkar
Buh dalam sangkar..senang nak pungut hasil nanti...

antara ikan yang menjadi pilihan cikgu adalah 

ikan pacu (adik beradik piranna)

ikan Rohu

Tilapia

ikan Keli

ikan Patin


nie la ikan2 yang dipikirkan sesuai..bergantung pada harga anak ikan..
biasanya dijual RM0.10 ke RM0.25 seekor...cikgu akan try dapatkan harga yang murah...


nie plak plan sangkar yang akan di bina

menarik kan sangkar nie

cikgu nak buat mcm nie jer









 

Sunday, 30 September 2012

intipati Bajet 2013 Malaysia

Intipati Bajet 2013


Intipati Bajet 2013 tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam tadi.


1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015

32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”

34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.

35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.

37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.


43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

44.  Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.

46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
 
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan. setengah bulan telah diberikan pada hariraya 2012...setengah bulan akan diberikan pada dec 2012 dan setengah bulan lagi pada jan 2013.


Bagi yang ingin membaca ucapan penuh Datuk Seri Najib Razak ketika diparlimen, ikuti text sebenar meneusi pautan link [Intipati Bajet 2013] ini.

Anda dialukan untuk berkongsi info ini buat sahabat yang mungkin terlepas atau kurang jelas dalam video perbentangan dan intipati bajet 2013.

Telah di copy paste dari [ website ini ]





 

Monday, 17 September 2012

Lawatan ke Cameron Highlands


assalamualaikum wbt


KPMBP, 17 September 2012, satu lawatan telah di adakan oleh jabatan pengurusan perniagaan ke perkampungan Orang Asli Cameron Highlands. Lawatan ini melibatkan kesemua ahli jabatan pengurusan perniagaan. 

Trip ini memulakan perjalanan dari KPMBP pada 14 September 2012 lalu pada jam 9 malam dan tiba di Cameron Highlands pada jam 9 pagi. 

Banyak aktiviti yang di jalankan di sana:
- lawatan ke perkampongan orang asli sungai loi
- pengagihan sumbangan kepada orang asli
- lawatan ke MARDI Cameron Highlands
- Lawatan ke ladang teh
- lawatan ke ladang strawberi
- lawatan ke "Bee Farm"

banyak lagi la.
tengok gambar jer la..







































Wednesday, 29 August 2012

FGV Holding isytihar dividen interim 5.5 sen seunit


FGV tumpu usaha perluas perniagaan huluan
KUALA LUMPUR - Selepas dua bulan disenaraikan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), mengisytiharkan dividen interim sebanyak 5.5 sen seunit dengan semua peneroka akan menerima RM400 seorang.
  
Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berkata dividen itu berasaskan pegangan 800 unit saham yang dimiliki setiap peneroka serta keuntungan daripada dana amanah peneroka.
  
"Dengan ini peneroka tak perlu pinjam bank atau keluar duit sendiri," kata beliau kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Felda di Bangunan Felda Platinum di sini hari ini.
  
Beliau berkata keputusan pembiayaan tersebut dibuat selepas penyenaraian kerana Felda mendapat dana yang besar daripada penyenaraian itu.
  
Pengumuman ini sekaligus menangkis tohmahan pembangkang yang menyatakan peneroka Felda akan kerugian berikutan penyenaraian tersebut.
  
FGV disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia pada 28 Jun lepas.

Pembayaran dividen ini adalah tambahan buat kira-kira 103,000 peneroka yang menerima durian runtuh RM15,000 kepada setiap peneroka Felda seluruh negara.
  
Harga saham FGV hari ini ditutup pada RM5.02 sesaham iaitu lebih tinggi daripada harga tawarannya RM4.55.
  
Mengulas tentang prestasi FGV, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata:

"Prestasi FGV berada pada landasan yang betul. Sudah tentu ia bergantung kepada harga minyak sawit tetapi setakat mengikut sasaran. Keuntungan yang dijangkakan Insya Allah akan boleh dicapai."
  
Sebelum ini Najib berkata FGV dijangka mencatat keuntungan sebanyak RM1.5 bilion pada tahun hadapan.
  
Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata Felda memperuntukkan RM360.7 juta untuk membiayai sepenuhnya 800 unit saham yang diberi kepada setiap peneroka.
  
"Peneroka hanya perlu membayar RM50 sebulan dan dividen dimiliki sepenuhnya oleh peneroka.

Najib berkata ini bertujuan meringankan beban peneroka Felda.
  
"Peneroka bukan sahaja akan mendapat satu tapi dua dividen iaitu daripada saham FGV dan penabungan dana amanah sebanyak 20 peratus," katanya.
  
Najib berkata dalam masa dua bulan penyenaraian, sebanyak RM5.99 bilion telah dikreditkan ke dalam dana Felda.
  
"Dan jika termasuk dengan FGV, ia mencapai sebanyak RM10.5 bilion," kata beliau.
  
Najib berkata durian runtuh sebanyak RM5,000 yang dijanjikan kepada anak-anak Felda, akan dibayar pada Oktober depan.
  
Bercakap mengenai bangunan Felda Platinum yang pembeliannya dikritik hebat oleh pembangkang, Najib berkata bangunan itu kini bernilai RM1.1 bilion.
  
"Kita belanja RM700 juta termasuk peralatan dalamannya. Hari ini kita dah lihat hasilnya, kita dah untung RM400 juta."
  
"Bangunan ini melambangkan kejayaan Felda dan sudah ada penyewa antarabangsa yang berminat untuk menyewa 15 tingkat daripada 50 tingkat bangunan ini," kata beliau. - Bernama


Monday, 27 August 2012

Bagaimana Melakukan Permohonan Pembelian Saham Khas Bumiputera Melalui Miti?

Felda Global Ventures Berhad akan disenaraikan di Bursa Malaysia tak lama lagi dan kini permohonan telah dibuka untuk kaum bumiputera melakukan permohonan untuk kuota bumiputera saham ini.
Untuk pengetahuan semua, pembelian saham di waktu penyenaraian biasanya boleh memberikan keuntungan yang sangat besar, lebih-lebih lagi untuk syarikat yang berpotensi tinggi seperti Felda. Pada pendapat saya, siapa yang dapat saham Felda pada harga penyenaraian adalah sangat beruntung. Harap manual ini akan dapat membantu anda mendapatkan saham khas bumiputera daripada Miti.
Sebelum tu, apakah beza pembelian IPO melalui Saham Khas Bumiputera Miti dengan pembelian melalui online banking/atm (contohnya melalui Maybank)? Pembelian melalui Miti memberikan peluang yang lebih besar kepada kaum bumiputera dan biasanya semua  yang memohon akan dapat, walaupun tak banyak, sikit pun dapat. Kalau melalui bank, permohonan anda belum tentu dapat.
Cara melakukan permohonan saham khas bumiputera bagi individu:

1. Lawati laman web Miti
2. Lihat di bahagian kanan portal, di bawah bahagian Online Application. Klik pada Bumiputera Shares
3. Klik pada Maklumat Saham. Pilih saham yang anda ingin beli (klik Felda Global Ventures Berhad).

4. Klik pada permohonan individu.
5. Isikan semua maklumat dengan betul dan tekan butang hantar. Akaun CDS boleh dibukan di mana-mana cawangan terpilih bank berdekatan anda, atau melalui Dealer’s Representative syarikat sekuriti (OSK, Jupiter Online, etc). Yuran pembukaan akaun adalah sebanyak RM10 sahaja. Pembukaan akaun baru memakan masa satu hari.
6. Page dibawah akan dipaparkan selepas anda menekan butang hantar.
7. Dokumen tambahan perlu disertakan bagi memastikan anda mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah saham yang dipohon. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  • Salinan penyata bank 3 bulan terkini (transaksi beserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) beserta cop bank
  • Salinan penyata buku ASB/ASN/ASD/ASW atau Tabung Haji yang mempunyai muka hadapan (maklumat pelabur) dan 3 mukasurat terakhir bertransaksi yang disahkan oleh pegawai bank/institusi berkaitan (nama & nombor staf) berserta tarikh dan cop bank/institusi berkaitan
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan /Surat Pengesahan Status Bumiputera yang jelas
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS)
Semoga peluang ini anda gunakan sebaik-baiknya. Dah ada kuota untuk bumiputera, manfaatkan.
Terima kasih saudara Mohd Shahril (013-4058978) dari OSK atas panduan ini yang dikirim melalui email. Kalau tak, saya pun terlepas peluang untuk membeli saham ketika penyenaraian ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...