Intipati Bajet 2013
tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang
telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam
tadi.
1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5
peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0
trilion.
2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0
bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti
penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan
Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS
terlibat.
9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga
kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta
setahun.
10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga
RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi
program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus
untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang
layak.
11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik
dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan
berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali
bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan
diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam
tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan
antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung
Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada
syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus
TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan
mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan
oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak
syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah
dikenal pasti untuk dijual.
23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013,
dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta
kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20
juta.
24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi
peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat
India.
25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan
ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi
kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit
Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek
sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta
intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan
platform pasaran harta intelek.
27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan
aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai
bersamaan dengan jumlah pelaburan.
28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan
penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100
peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur
pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis
pendapatannya.
30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0
bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31
Disember 2015
31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak
melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus
berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan
program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan
ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan
menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki
air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada
harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA,
Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan
hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh
perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi
dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh
pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap
kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga
RM50,000.
40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan
Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan
kemahiran.
42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran
pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah
di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program
membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk
menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang
pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
44. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon
pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk
belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan
sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan
memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M
2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu
pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan
kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000
akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3
bilion.
46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan
simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang.
Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran
sehingga RM3,000.
48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan. setengah bulan telah diberikan pada hariraya 2012...setengah bulan akan diberikan pada dec 2012 dan setengah bulan lagi pada jan 2013.
Bagi yang ingin membaca ucapan penuh Datuk Seri Najib Razak ketika diparlimen, ikuti text sebenar meneusi pautan link [Intipati Bajet 2013] ini.
Anda dialukan untuk berkongsi info ini buat sahabat yang mungkin terlepas atau kurang jelas dalam video perbentangan dan intipati bajet 2013.
Telah di copy paste dari [ website ini ]
No comments:
Post a Comment