:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Wednesday, 27 March 2013

Aroma Terapi

Assalamualaikum wbt
 
 
Aroma Terapi




Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan: "Aroma", yang bermakna bau, atau haruman, dan "Therapy",
yang bermakna rawatan. Inti bunga-bungaan dan tumbuhan telah pun digunakan oleh tamadun-tamadun purba Cina, Mesir dan India semenjak sekurang-kurangnya 6000 tahun dahulu.

Aromatherapi adalah cara rawatan yang berasaskan alam semulajadi. Satu daripada prinsip asasnya adalah dengan menguatkan proses rawatan diri dengan cara merangsangkan sistem immunisasi secara tidak langsung.

Kegunaan minyak essensial secara intensif amatlah meluas, daripada rawatan haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam.

Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani,minda dan kerohanian.

Kenapa Aromaterapi

Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan kualiti kehidupan
dari segi fizikal, perasaan dan semangat. Minyak essensial adalah inti yang tak berminyak,pekat dan harum daripada tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam. Tujuannya termasuklah dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi; dengan menyenangkan hati dan perasaan.

Dari segi semangat pula minyak essensial bermanfaat untuk mempromosi perasaan keriangan dan memudahkan meditasi.

Idea di sebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mengenalpasti
haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patutlah diintegrasi ke dalam hidupan harian
individu tersebut untuk memupuk kesihatan holistik.

Haruman semulajadi ini dapat menguatkan hubungan kita kepada bumi kita dan mengamit emosi dan memori yang baik.

Kebaikan Aromaterapi

Asal–usul Aromaterapi wujud sejak 5000 tahun yang lampau. Orang Mesir purbakala adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menguna kaedah merendam tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya.

Berabad sebelum ini aromaterapi telah digunakan oleh tamadun Cina,India dan Roman yang mengikut cara pengunaannya dari tamadun Yunani purba.

Hari ini, aromaterapi telah menampakkan pemulihan kegunaanya
sebagai sejenis cara perubatan alternatif. Walupun ianya tidak
berupaya menggantikan perubatan tradisional, tetapi ciri–ciri
holistiknya boleh menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat.

Aromaterapi berkeupayaan meningkatkan semangat.

Ianya mampu melegakan perasaan rendah diri, putus asa, kesedihan, histeria,kebimbangan, masalah tidur dan juga masalah memori.

Kebaikan dari segi perubatan termasuk mengurangkan keletihan,
masalah pernafasan, termasuk selsema, sakit kerongkong, lelah dan bronkitis.

Lebih penting adalah aromaterapi boleh membersihkan dan
memperbaiki kualiti udara. pernafasan, termasuk selsema, sakit
kerongkong, lelah dan bronkitis. Lebih penting adalah aromaterapi
boleh membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...