:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Wednesday, 13 February 2013

Trip 2245km - UtaraSelatan

assalamualaikum wbt

Cuti kembali lagi....yeaaaaaaaa!!!
Kali nie cuti raya cina. Cikgu telah plan perjalanan yang cun punya.
Kali nie trip ke Utara...
Kali nie bergerak dr selatan sehingga ke utara
Perjalanan dari wilayah paling selatan Malaysia ke wilayah paling utara Malaysia..

8 Feb 2013, Jumaat.
Cikgu mulakan perjalanan dari KPM Bandar penawar ke kediaman mertua di Perkampungan Nelayan Sungai Puteri, Kuala Rompin Pahang. Perjalanan yang mengambil masa 2 jam 30 minit. Perjalanan yang sangat lancar walaupun kenderaan berpusu-pusu ke lokasi pilihan masing-masing.



Sampai di rumah mertua cikgu lebih kurang jam 4 petang. Seperti langkah kanan, cikgu terus disajikan dengan makanan kegemaran pantai timur iaitu ikan singgang...ada pula sambal belacan yang sangat membuka selera makan. sedapppppppppppppppppp..

Sabtu pula cikgu duk umah jer...tak kemana2..bosan gak..hehe
Petang tu dorang kat umah ni duk merewang nak kenduri arwah..malam tu kenduri arwahnya. Tapi cikgu tk sempat tahlil pun sebab cikgu nak mulakan perjalanan dah time tu..

9 feb 2013, Sabtu. 
tepat jam 9.00malam, cikgu mulakan perjalanan dari Kuala Rompin. Destinasi pilihan adalah ke utara. Planning awal adalah untuk g mendaftar di UUM, tapi orang kata "alang-alang berjalan kan.." cikgu pegi la tempat2 menarik di kedah. 

Perjalanan yang sangat jauh, sebelum tibe di utara banyak tempat rehat menjadi persinggahan cikgu. Hampir setiap hentian RnR Besar cikgu akan behenti. Maklumlah kan, cikgu drive sorang2..wife cikgu tak nak tunjukkan bakat bawak keta lagi.

10 Feb 2013, Ahad
Cikgu tiba di Pulau Pinang jam 5.30pagi...
Apa ye ada kul 5.30pagi tu..cikgu pusing2 je keliling penang...sampai complete 100% pusing pulau..dari Georgetown sampai la balik pulau, bayam baru..sampai ke Georgetown semula.. hehe...Tapi seronok jer...Pagi tu sarapan di tepi pantai kat laluan Gurney. Ok la kat situ...menarik...amik gambar pun cun jer..



Ha cun tak gambar kat atas nie,..biasa la kabur2 sebab amik pakai henset jer..maklumlah tak berkesempatan beli DSLR lagi..hehehe

Selesai je sarapan pagi, cikgu meneruskan perjalanan lagi ke Alor Setar. Sampai Alor Setar dalam pukul 9.30 pagi. Tempat pilihan waktu tu adalah PEKAN RABU.. dulu masa belajar di UUM sintok 3 tahun tk penah pun jejak kaki ke situ..tapi kali ni dah sampai..hehe..seronok gak ke pekan rabu tu, macam ke wakaf cekyeh, mcm pasar pasang..





Wife cikgu beli ikan jeruk (ikan tenggiri) dan de la jeruk (asam) dua tiga jenis. Sebagai ole2 utk orang kampung. Penatttttttt tapi seronok...

Cikgu meneruskan perjalanan ke utara lagi. Lokasi pilihan kali ni tempat menginap iaitu di GM Hotel Changlun, Kedah. Bilik dia kire ok la...sangat selesa  dan harga yang sangat berpatutan. Satu malam RM85 (tempahan awal). Kalau tak tempah awal harga die rm130.



nie la hotel tu,..nampak kire ok la kan..sesuai dengan harganya

Lepas je check in, cikgu pe lagi...tidow la kejap..merehatkan diri ..perjalanan jauh tu,,,dari kuala rompin pukul 9.30 malam dan sampai di hotel jam 1.30ptg.. huhu..Tidow sejam jer, sebab tak sabar nak g jalan2..ptg tu cikgu terus plan cantik punya. 

Cikgu meneruskan perjalanan ke Wang Kelian (wife nak g sangat).. best jugak la ke sana. sebab pertemuan warga Malaysia dan warga Thailand..Belah Malaysia org panggil wang kelian, belah Thailand org panggil Satun. Yang bestnya leh masuk 










 waaa penat sangat meronda2 tempat jualan tu...best..kita leh masuk sempadan Thailand tanpa guna passport..eh tapi ingat tau..setiap hari sabtu dan ahad jer..hari lain kena guna passport or border pass la..hehe...sikit je gambar sebab tak sempat capture banyak2 sebab seronok tengok awek2 thailand..hehe..comey2..

Lepas penat di Wang Kelian, cikgu teruskan pula perjalanan menarik ke Kuala Perlis. g jalan2 cari makan di sana. memang kawasan makan yang sangat best dan seronok. Gambar tak de pula...hehe..siap makan cikgu terus balik ke hotel di changlun. dan tidowwwwwwwww...


18 Feb 2013, Isnin
Hari ni cikgu mulakan perjalanan ke Alor Setar pula. Ada sahabat cikgu masa di UUM (zaman degree) die wat kenduri kawinnya. Kebetulan cikgu g utara kan...langkah kanan dapat g jumpa dan makan kenduri die..tapi sebelum ke rumah die..cikgu sempat ke...............ke mana???

Sempat la cikgu ke MUZIUM PADI..agak-agak orang Alor Setar ada tk yang lum penah sampai ke muzium padi ni.biasa la...org zaman sekarang jarang nak pegi tempat2 mcm nie...tapi sangat seronok tau muzium padi nie...best................





























 hahaha banyak la pula gambar..semangat bergambar

Lepas g muzium cikgu ke rumah kawan yang wat makan kenduri tu...di Pendang. 
Sempat la sesi jejak kasih bersama kawan2 lama..


 nie la kawan yang kawin tu..kawan cikgu pengantin lelaki...nama die Muhammad Zaharuddin.

19 Feb 2013, Selasa
Selasa pula cikgu ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. agak2 buat apa ye????
Cikgu g mendaftar la..sambung belajar lagi. Kali ni cikgu ikuti program Master in Economics . tapi cikgu buat full research jer..dah lama tak ke UUM..semua nampak lain..bangunan nama lain, sistem lain..hehe...

selesai jer mendaftar di UUM, terus cikgu mulakan perjalanan pulang ke selatan. bermula jam 11.30 pagi. dan selamat tiba di KPM Bandar penawar jam 1.30pagi..lama kan...biasa la..jalan jem.. hahaha...pengalaman jem yang sangat teruk...

ok la..dah rasa bosan lak menulis panjang2 nie...heheh.e...
sampai disini dulu..

jumpa next penulisan..

jangan lupa follow







 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...