Korang tahu tak cite pasal Rumah sewa RM50 di seksyen 2 shah alam..
Kisah benar ke???
Rumah Sewa RM50 Yang Berhantu di Shah Alam
Tika ini , kecoh mengenai sebuah
rumah berhantu di Shah Alam. Apa yang menariknya , tuan rumah hanya
mengenakan sewa bulan sebanyak RM50 sahaja.Amatlah tidaklah logik kerana
kadar sewaan di Shah Alam biasanya Mahal!
Adakah benar ianya berpenunggu ?
Ikuti cerita selanjutnya… Jika anda mempunyai cerita yang menarik mengenai rumah sewa ini , silakan berkongsi dengan kami.
Sembilan tahun lepas aku dapat
sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu
difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh
sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah
kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World
[kalau korang tahu la].
Rumah tu banglo 2 tingkat 4
bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua
berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami
masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik,
rimas, takut semua ada.
- Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah….[?]
- Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
- Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami
tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta
layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah
nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang
pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30 pagi
[anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia
pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu
tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan.
Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi
ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat
jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang
peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu
tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam
ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni
keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada
orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada
dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur malam tu
tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh
katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab
ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang
pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak
rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik,
aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD
dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi
baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan
ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh
sudah. Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada
bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain
selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara
automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.
Masa ni jangan tanya aku lah apa
aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal
dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah
sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab
nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada
seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk
dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang
laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku,
kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak
minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong
jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran
Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak
pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu
terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan
kunci motor.
Oleh sebab bilik Bob dan Naim
saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n
seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku
tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci
motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar
dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah
senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga
lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat
aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil
sampailah dekat restoran Hakim!
Lepas sampai restoran Hakim,
masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak
cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu
tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia.
Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok
kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak
dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum
dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi
bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor
hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak.
Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya,
kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita dia
nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun
kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki!
Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja
mata, hantu itu betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya semua kena
kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua
kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai.
Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat
Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”.
Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi,
siapa yang aku nampak?! Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil
makin bertambah kuat gigilnya.
Tengah sibuk berborak,aku terbau
sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga.
Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat.
Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu
betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada
sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.
Tengah ketawa, baru kami perasan
Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam.
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu
cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada
orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat.
Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu
apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai
sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami
sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan
cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP
tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah
dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku
tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar
terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya
sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu
tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah
itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak
dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP
Bob berbunyi.
Hati aku da x
sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat.
Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi
kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada
di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital
kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor
Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah
jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di
hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan
rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital
Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu
yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah,
takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa
dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai
berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum
habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari
Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia
teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar
lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab
darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia
berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan,
tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap
lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami.
Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap
apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku
telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam
terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak
lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan
ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok
ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu
umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan
seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru
kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya,
sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak
kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan
pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu
belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah.
Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang
aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini
“keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa
barang banyak-banyak. Chisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub, Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah
ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku
tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim
meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia.
Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah
buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis
dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku
lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau
tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang
sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan.
Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak
tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus
lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa
sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia
boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan
besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan
sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak
tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia
sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku
yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan
geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh
tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih
sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah
Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak,
Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim
dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2
itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ
mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah
tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang
berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia
3310
1 comment:
rumah tu ade lagi...dah cantik dah...tapi xde orang duduk...takut kot..adeiii
Post a Comment