:: Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sesiapa yang suka akan blog ini, sila click button follow untuk jadi follower cikgu. Terima kasih ::


Followers

Tuesday 23 August 2011

Seni Lipatan Duit Kertas

salam
 
korang tahu apa picture kat bawah nie????
nie la seni lipatan duit kertas
comel kan
rasa2 kalau korang buat jadi tak??

Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Seni Lipatan Duit Yang Kreatif
Selamat mencuba la yekk

Monday 22 August 2011

"Definisi Kacak Pada Budak Darjah 5" created by AmanWan

salam
hari nie kita cite pasal KACAK plak..
hahaha
tapi mengikut teori AmanWan
hehehe..
Konsep Kacak dari kaca mata budak darjah 5
macam2 la dorang nie
budak darjah 5, berebut nak pakai kaca mata
sebab apa ye??
dorang kata kacak kalau pakai kaca mata
biar la tak rabun pun, tapi nak jugak pakai
so, cari la seberapa byk alasan mengatakan mata die rabun
saksikan video di bawah dari AmanWan


amacam sekarang
bila dah tengok video nie, dah dapat idea untuk pakai kaca mata ke? depand on situation la
kalau rasa ok, cari la kaca mata yang tak de power
hahaha
enjoy

"Potong Stim" Created by AmanWan

salam
hari nie citer "potong stim" lak
aku sangat la tertarik ngan tajuk nie
sebab apa yekk???
ermm #$%^&*()*(&&%
hahahaha..
korang ada kawan kan...
pe korang rasa kalau kawan korang tu suka sangat menyibukkan dirinye pada korang..rasa tak best sgt kan..mcm tu la aku biasa alami
maklum la kan
aku nie suka sendirian dari grouping
nie sedikit video dari AmanWan
jom tengok


amacam...korang enjoy tak ngan cite nie
kalau korang rasa enjoy..pastikan korang tak de memiliki kawan mcm nie...kalau ada...korang bunuh jer...hahaha

"histeria Puasa" created by AmanWan

Histeria Puasa


best ke??

vlogger lagi....-AmanWan

salam
ari nie saya search youtube 
terjumpa sorang lagi vlogger
the name is AmanWan
mcm best je die nie..
lum sempat nak explore semua vedio die lg

Bawah nie merupakan link youtube die
korang usya la yekk 

nie link plak untuk facebook fun page AmanWan
 


nie plak blog AmanWan
 

jum la kita tengok salah satu vedio yang di buat oleh AmanWan

apa mcm video nie
enjoy tak?

Saturday 20 August 2011

Transfer Factor - Siti Faizah


4Life
TRANSFER FACTOR : MENYEMBUH PENYAKIT


Pembina Daya Imun Paling Ampuh Dalam Sejarah Sain

1. Apakah itu Transfer Factor (TF)?
Ia adalah zat molekul halus yang bijak (immune IQ) yang terdapat dalam kolostrum (susu awal). Ia bertindak sebagai pemberi maklumat kepada sistem imun tubuh badan. Setiap mamalia (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan kepandaian sistem imun seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal yang dinamakan kolostrum. TF adalah "Senjata Daya Imun" yang paling berharga di dalam kolostrum.

2. Apakah itu Kolostrum?
Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1 - 3 hari selepas si ibu melahirkan.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan 'kepandaian sistem imun'?
    Setiap manusia atau haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan kerosakan2 dari luar - yang mendatangkan penyakit. Sistem imun lah yang sentiasa memerangi musuh2 ini. Apabila musuh menyerang, gambaran rupa musuh2 itu akan disimpan dalam ingatan molekul halus yang dinamakan Transfer Factor. TF bertindak sebagai " penyimpan data maklumat2" bentuk rupa jenis2 kuman, virus, kulat dsb.

4. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum?
Melalui kajian, mereka dapati bahwa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa ketika, walaupun terdapat banyak makanan2 lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah sebab2nya. Pengkaji dapati bahwa anak2 lembu yang baru dilahirkan tidak mempunyai sistem ketahanan yang terbentuk dan tidak mengenali rupa2 jenis kuman, virus, kulat dsb. Dengan adanya TF, sistem ketahanan anak2 lembu dapat mengenali musuh2nya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.

4. Apakah sejarah disebalik TF?
Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahwa sistem imun dari seorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh dialihkan kepada orang lain yang belum terkena penyakit tersebut. Ia menggelarkannya sebagai "Transfer Factor".

5. Apakah fungsi Transfer Factor?
a)    Meningkatkan aktiviti sel "Natural Killer" ketahap 200% - 400%. Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding dengan segala jenis herba atau makanan2 kesihatan yang pernah dikaji oleh sains. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem katahanan tubuh badan buat menentang infeksi dari penyakit. Ia meranda, mencari dan memusnahkan bentuk2 infeksi dan sel2 berpenyakit. Sel NK adalah sangat penting dalam melawan dan membunuh sel2 kanser dan sel2 yang berinfeksi akibat serangan virus, kuman, kulat dsb.
b)   Meningkat IQ sistem imun (kebijaksanaan) - TF memiliki gambaran rupa beribu2 jenis kuman2 perosak. Ia akan mengalihkan gambaran ini kepada sel2 imun, supaya dapat mengenali musuh2 dengan cepat. TF memberikan informasi tepat supaya sel2 imun dapat bertindak segera, menghapuskan kuman2 perosak, virus dan kulat, sebelum ia bertapak dan membiak didalam tubuh badan.
c)    Menenangkan sistem imun yang terlalu aktif - Sistem imun yang diluar kawalan akan menyerangkan sel2 baik dan juga tisu tubuh badan. Ini digelar dengan "penyakit autoimmune". Bahagian penenang TF akan menenangkan sel2 imun apabila musuh2 telah berjaya diatasi, dan mengarahkan sel2 imun ke tempat lain yang diperlukan. Bahagian penenang ini adalah sangat penting untuk penyakit2 autoimmune seperti lupus, . arthritis, allergy, asthma, multiple sclerosis, psoriasis dan banyak lagi.

6. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?
TF tidak membawa pada aIlergi, sedangkan kolostrum mengandungi banyak antibodi (protein susu yang kasar), sesuai untuk anak lembu, iaitu casein dan immunoglobulin, yang boleh membawa aIlergi pada manusia. TF tidak tertakluk pada mamalia tertentu, bermakna ia adalah sama mahupun dalam manusia ataupun mamalia lain. Kolostrum juga hanya mengandungi sedikit sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. lni bermakna I biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum.

7. Bolehkah orang yang mempunyai aIIergi kepada susu atau 'lactose intolerant' mengambil TF?
Seperti yang diterangkan diatas, TF tidak membawa pada sebarang aIlergi, kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). Semua itu telah diasingkan oleh sistem ekstrasi canggih milik 4Life Research. Yang terdapat didalarn TF adalah pati molekul "imun IQ".

8. Mengamalkan makanan2 kesihatan lain seperti zat2 vitamin, herba, enzyme dan lain2. Apakah perlu saya  mengambil TF?
          TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam tubuh badan manusia. iaitu sistem imun ataupun daya menentang penyakit. Tanpa daya imun, manusia tidak dapat hidup. Dengan tidak memberikan sistem imun makanan tepat yang diperlukan, sistem imun itu akan mencuri bahan2 yang diperlukan dari sistem2 yang lain kerana ia adalah fungsi yang terpenting. Makanan2 tambahan lain hanya memberikan zat pada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan kepada sistem imun untuk mengenali musuh2nya. Sama juga seperti seorang yang kuat, tetapi jika terlalu bodoh atau gila, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh2nya.

9. Adakah terdapat bukti2 sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari    makanan2 kesihatan lain?
Ya! Walaupun makanan2 kesihatan lain mempunyai fungsi2 tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit.
Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992- 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produk2 terkenal didunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membukti penemuan ini. Dalam 198 produk, cuma 46 sahaja yang dapat merangsang sistem imun dari 10% - 48%. TF dan TF Plus dapat merangsang sistem imun ketahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).

10. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains?
Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tabun 1949, terdapat lebih 3,000 laporan2 sains tentang kajian2 klinikal TF yang melibatkan beribu2 pakar perubatan dari seluruh dunia termasuk pakar2 bedah, doktor dan saintis2 terbilang. Penyelidikan ke atas TF menelan belanja sejumlah US$40 juta.

11. Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa tidak doktor2 menggunakannya di kIinik?
TF juga disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para2 doktor di Amerika untuk menggunakannya, dan di Rusia telah menggunakan sepenuhnya di hospital dan klinik.. Terdapat beribu2 testimoni dari pesakit2 yang menggunakan TF, dan juga para doktor yang menganjurkan TF.

12. Adakah selamat menggunakan TF?
la adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikit pun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2000 kali ganda kepada sukarelawan2 untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan.

13. Adakah semua orang boleh mengambil TF?
Ya. Dari bayi yang baru lahir sehingga orang tua, boleh mengambil TF kecuali kepada penerima pemindahan organ dari orang lain kerana TF yang diambil akan mengenali organ tersebut sebagai elemen asing.

14. Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF?
Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaaan manusia pada tahun 1985.

15. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF?
Semua orang yang ingin mencegah serta merawat apa sahaja penyakit dan juga orang2 yang mahukan tenaga yang lebih, perlu mengambil TF.

16. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF?
TF mendidik sistem imun kita untuk mengenal dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh2 di dalam tubuh badan kita. Serangan musuh2 ini terjadi setiap hari di dalam tubuh badan, akibat corak kehidupan zaman ini seperti pencemaran kepada makanan, air dan udara. Pencegahan adalah lebih utama dari merawat. Kadangkala penyakit boleh merosakkan organ kita sehingga ketahap tidak dapat dipulihkan kembali. Lagipun, walaupun kita sihat, sistem imun kita terpaksa bekerja 'overtime' setiap hari, dalam memastikan kita tetap hidup. Ini boleh menyebabkan kita selalu berasa letih dan lesu, jika sistem ketahanan tidak mendapat TF yang secukupnya.



17. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?
Ya, boleh! TF adalah asas "sistem ketahanan asas" untuk manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu.

18. Bolehkah wanita hamil mengambil TF?
Ya, boleh. Tidak terdapat sebarang laporan kesan sampingan dari wanita2 hamil yang mengambil TF. Namun begitu adalah lebih baik meminta nasihat doktor masing2, terlebih dahulu. Walau bagaimana pun, TF Plus tidak dianjurkan untuk wanita2 hamil.

19. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil TF Plus?
Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur atau sebarang makanan lembut.

20. Adakah TF sama seperti zat, vitamin, galian dan enzyme?
Tidak. TF adalah suplement lain dari yang lain, dan tertakluk pada jenis tersendiri. TF adalah "otak" atau pun IQ kepada sistem imun.

21. Adakah TF terlalu mahal?
Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang sistem imun, ia adalah jauh lebih murah daripada produk2 kesihatan lain. Contohnya, jus noni dan aloe vera merangsang sistem imun setinggi 15% sahaja dengan TF Plus yang dapat merangsang sistem imun setinggi 437 %, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi! Jika satu botol jus noni! aloe vera berharga $40 (RM80), anda harus berbelanja $1,160 (RM2,320) untuk mendapat kekuatan yang sama seperti 1 botol TF Plus yang berharga cuma sekitar $85 - $llO ( RM240) sahaja.

22. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari?
Ya, selamat. Tiada sebarang kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF.

23. Bolehkan seseorang itu mengambil lebih banyak TF Plus dari apa yang disyorkan?

Kadangkala seseorang itu perlukan dose yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat kepada sistem imun dalam menghadapi penyakit2 tertentu. Cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Plus adalah dengan mengikut dose yang tercatit di label.

24. Bolehkan TF diambil bersama zat2 vitamin, mineral, enzyme, ginseng, gamat atau herba2 lain?
Ya, boleh. TF tidak bercanggah dengan nutrien2 lain.

25. Apakah penyakit2 yang memerlukan TF?
Semua penyakit dari yang ringan seperti selsema, kepada yang berat seperti barah, sakit jantung, buah pinggang, kencing manis, bisa lutut, sawan, dan sebagainya, memerlukan TF. Apabila seseorang itu berpenyakit, itu menunjukkan bahwa sistem ketahanannya sudah kalah. TF akan mengejutkan dan merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi penyakit2 tersebut.

26. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?
Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak. TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya adalah dari mamalia lain. Lembu juga lebih terdedah pada cabaran2 alam sekitaran seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan sistem imunnya jauh lebih gagah dari manusia. lni bermakna TF dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik dan merangsang sistem imun.

27. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?
a) Tidak mungkin. Pakar2 tentang penyakit lembu gila telah mengesahkan bahwa kuman BSE (bovine spongifonn encephalopathy) tidak masuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada semua lembu2 yang diserang penyakit lembu gila tidak satu pun yang mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahawa kesan jangkitan kuman pada tahap terakhir berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti.

b) World Health Organization (WHO) memberi kenyataan: "Ujian keatas susu2 dari lembu2 yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk2 yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila (Great Britain)."

28.  Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima informasi sistem imun sewaktu saya masih bayi?
TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu sistem imun kita untuk cabaran2 pada masa itu. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran2 baru sedangkan sistem imun kita semakin lemah akibat umur yang meningkat. Menguatkan sistem imun adalah tersangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan.

29. Berapa kerap harus saya mengambil TF?
Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel- sel imun baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan sistem imun kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran2 yang sentiasa memenuhi alam sekitaran kita. Apatah lagi dizaman sekarang dimana penyakit2 berupa serangan virus seperti SARS, hand, foot and mouth disease, bird-flu, HIV-AIDs, semakin berleluasa. Para saintis juga telah mendapati bahawa kebanyakan penyakit2 adalah berpunca mulanya pada serangan virus dan kuman. Ini termasuk penyakit kencing manis, jantung, TB, sawan, semput dan sebagainya.

30. Adakah sebarang peluang bagi syarikat2 lain juga meniru dan menjual TF di pasaran?
Syarikat2 lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahwa TF mempunya pasaran yang sangat luas. Tetapi, perlindungan milik hak-cipta (patent) telah diberikan hanya kepada syarikat 4Life Research sahaja di dunia ini. Ini disebabkan, proses mengasingkan TF dari kolostrum, yang sangat rumit, telah dapat dihasilkan oleh para2 saintis di 4Life Research, setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Dan produk TF rnilik 4Life Research sahaja yang disertakan dalam buku rujukan dan panduan para doktor (PDR), bukan TF dari syarikat2 lain. Ini bermakna hanya 4Life Research sahaja yang memiliki TF yang diakui kualiti serta keberkesanannya.

31. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang Transfer Factor?
Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia. Di mana , manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun). Ibu, bapa, kaum remaja, kanak2 kecil dan orang2 yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran2 yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Dengan berkongsi- sama informasi2 yang terdapat di risalah ini, kebanyakan dari soalan2 akan terjawab, dan anda secara tidak langsung, telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia dan alam sejagat.

Hadis nabi yang bermaksud
"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat
kepada manusia lain."

Mohd. Ajmal @ Siti Faizah
013-3900309, 019-2382867@
013-3900309, 019-2010309, 013-6831441

"makwe koi - org temerloh"

Lagu : Makwe Koi
Lagu Rakyat Temerloh Pahang


Lirik 
Alkisoh bemula ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok daghe
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teghuih balek ghumoh
Teghuih pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Sura nempuh rumohnye buoh hati

Makwe koi

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Suke sangat kome beloh petang
Main konda kondi ande yg main tayang
Keknye kawan kecor main pondok pondok
Nine jadi emok koi jadi bapok

Makwe koi

Jenuh bertughut baghu nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ghalik
Bedeghui ke sungei teghejun ghamei ghamei
Nine pulok cuok mandi becedok

Makwe koi

Memang banyok kenangan manih
Ceghita hei kampung tak mboh habih
Bekubang dalam paye kendughi kendaghe
Koner je koi pegi
Nine sokmo ande

Makwe koi

Ndok tak ndok bepisoh jugek
Koi caghi ilmu nun di bando sane
Kala luluih tinggi masuk universiti
Ceghohlah mase depan Nine suke ati

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine

Nine Nine ni makwe koi
Nine di kampung blajo bagei gaya
Temasuk memasok menjait megheka
Bekei mase depan kala jodoh ande
Mintok mintoknye dan koi pinang Nine

Makwe koi

Sengkat ini dulu ceghite
Seingat kawan peghentan deghejoh lime
Ati koi berkenan dekat anok dare
Wei anok tok lebei namenye Nine

Makwe koi
Nine Nine Nine
Nine Nine NineNine
Nine ni makwe koi
 

"Rindu Ramadhan-Devotees"

salam semua
hari nie nak letak lagu plak
lagu nie dah 2 3 hari cikgu letak dalam blog nie
suka sangat dgr
cikgu jumpa lagu nie dalam sebuah blog oleh blogger best gak la
tertarik dgn lirik lagu nie


nie lirik die
Rindu Ramdhan
 
Yang tahu persiapkan diri
Yang rindu tak sabar menanti
Hadirnya setahun sekali
Ya Ramadhan…
Keindahan yang tiada tara
Kemuliaanya tak habis dibicara
Penuh dengan limpahan maghfirah
Ya Ramadhan

Rindu aku rindu
Rindu pada kedatangan
Bulan padanya keberkatan
Ramadhan ya Ramadhan
Ya Allah tolong sampaikan
Hajatku untuk berpanjangan
Nafasku hingga pengakhiran

~TQ~



Thursday 18 August 2011

Barang Kemas sebar Kuman

Barang kemas boleh sebar kuman pada makanan

Berita Harian : 2011/08/18
PEGAWAI Kesihatan Daerah Johor Bahru (kiri) memeriksa lesen peniaga di Bazar Ramadan  Taman Universiti, kelmarin.
PEGAWAI Kesihatan Daerah Johor Bahru (kiri) memeriksa lesen peniaga di Bazar Ramadan Taman Universiti, kelmarin.
SKUDAI: Peniaga Bazar Ramadan sekitar bandar raya ini diingatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti cincin, jam dan gelang tangan ketika mengendalikan makanan di premis masing-masing, kerana perhiasan diri itu boleh membawa jangkitan menerusi kuman yang melekat padanya.


Jurucakap Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkata, selain itu mereka juga tidak dibenar memakai selipar ketika berniaga selain wajib mendapatkan pelalian tifoid bagi mengelak mereka menjadi punca jangkitan penyakit berjangkit. 
 
Katanya, dalam usaha memastikan semua syarat dipatuhi, penguat kuasa pejabat itu kini melancarkan pemeriksaan dan kempen secara mengejut di kawasan bazar Ramadan sekitar bandar raya ini. 

"Menerusi pemeriksaan juga, semua peniaga diberi ingatan supaya mematuhi peraturan kebersihan kerana masih ada yang tidak mengambil berat termasuk gagal menutup makanan hingga mudah dicemari habuk atau lalat.


“Peniaga seharusnya faham maklumat disampaikan supaya mutu makanan terjamin bagi mengelak sebarang jangkitan kuman,” katanya ketika operasi kesihatan sambil mengedarkan risalah panduan pengendalian makanan ketika Ramadan di bazar dekat Jalan Kemuliaan, Taman Universiti, kelmarin.

Jurucakap itu berkata, hasil pemantauan, masih ramai peniaga dikesan tidak mematuhi peraturan dan penjagaan mutu makanan yang dikhuatiri boleh memberi kesan kepada kebersihan makanan yang dijual seterusnya menyebabkan pembeli menjadi mangsa.

“Kesedaran peniaga bazar terhadap aspek kebersihan ketika mengendali makanan penting untuk menghindari kejadian keracunan yang sering meningkat setiap kali Ramadan,” katanya yang turut disertai 12 orang petugas dalam operasi itu.

"home plus" - innovation of korean


The new strategic to improve sell

terbaik la dari pihak korean
beli secara ONLINE? tu dah lama
nie beli secara mobile
barang dihanatar terus kerumah
kalau la kat malaysia ada
confirm pasaraya tak sesak dh
silap2 tak de org nak g supermarket


sape2 yg berniaga tu, di galakkan menggunakan konsep di atas

Wednesday 17 August 2011

Koleksi Ringgit Malaysia

ini adalah duit yang pernah ada di Malaysia
dan yang masih digunapakai.











RM50 yang terlalu limited edition

Koleksi TandaTangan Ringgit Malaysia

Tahukan anda, negara Malaysia telah memiliki 7 orang Gabenor Bank negara Malaysia (BNM)
 
Semenjak Bank Negara Malaysia (BNM) ditubuhkan pada tahun 1959 sehingga kini, BNM telah ditadbir oleh 7 orang Gabenor.
Jadi dengan kehadiran gabenor yang berbeza, akan kita miliki tandatangan di wang kertas yang berbeza2.
adakah anda memiliki semua tandatangan itu???
Senarai Gabenor BNM
1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962)
Tidak menjumpai tandatangannya

2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)


3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)


4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)


5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)


6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

Tidak dapat dikenalpasti mengapa tandatangan Siti Aishah yang keluar. (goole tlg cari)



7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)

 
Cikgu rasa kan, mesti rasa bangga yang teramat sangat kalau memiliki semua koleksi tandatangan ini..

National income equilibrium

Sedikit bahan untuk kongsi

Bagaimana untuk menghafal nota macroeconomics untuk topics national income equilibrium
hehhee
nie la yang cikgu bagi kat pelajar cikgu

ok la pelajar semua
moga2 dpt memanfaatkan

"efficiency in production"

efficiency in  production


Hari nie Cikgu ajar tajuk ni kat kelas cikgu
student cikgu sik baik la bijak2
semua mcm ok jer
walau tajuk nie mcm susah untuk difahami

heeehehe..
kalau sesorang jalankan pengeluaran barang..
apa ye kreteria utama die perlu lihat??
supaya tidak berlaku pembaziran sumber atau kerugian

hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...